Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kembali dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menjawat jawatan Naib Presiden lantikan bagi parti itu.<br /><br />Pelantikan dilakukan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan yang berlangsung pada malam Rabu.